Kursus Asas Pengurusan ini memberi pengetahuan asas kepada pelajar berkenaan konsep dan fungsi asas pengurusan yang merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan dalam pengurusan pengoperasian perniagaan. Pelajar juga diberi pendedahan berkenaan asas pengurusan strategik bagi membolehkan pelajar memahami fungsi pengurusan dalam mencapai matlamat organisasi.

Hasil Pembelajaran Kursus / Course Learning Outcomes (CLO)

HPK1

Menerangkan teori dan konsep asas pengurusan dalam pengoperasian. (C2,HPP1)

HPK2

Mempraktikkan kemahiran fungsi pengurusan secara harmoni bagi mencapai matlamat organisasi. (A2, HPP8)

HPK3

Menunjukkan sikap beretika dan profesional dalam menyelesaikan isu-isu pengoperasian perniagaan bagi. (A3, HPP11)

Hasil Pembelajaran Program / Programme Learning Outcomes (PLO)

HPP1

Menerangkan pengetahuan asas berdasarkan fakta, konsep, prinsip dan teori dalam mengurus aktiviti perniagaan

HPP2

Mengamalkan kemahiran kepimpinan dalam mengurus pasukan dan bertanggungjawab dalam organisasi

HPP3

Mengamalkan sikap profesionalisme, positif dan nilai beretika dalam penglibatan aktiviti kemasyarakatan dan pihak berkepentingan

Rujukan

  1. Robbins, S. P., Coulter, M. A. & De Cenzo, D. A. (2020). Fundamentals of Management. 11th Edition (Global edition) : Pearson Education.
  2. Bin, A. H. (2019). Principles of Management, 2nd Edition. Malaysia : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
  3. Daft, R. L. (2020). Management, 14th Edition. Cengage Learning.
  4. Norlida Kamaluddin, Z. H. (2019). Priciples of Management. Malaysia : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
  5. Robbins, S. P. & Coulter, M. A. (2020). Management, 15th Edition. Malaysia: Pearson Education.
  6. Schermerhorn Jr., J. R. & Bachrach, D. G. (2020). Introduction to Management, 13th Edition (International student version). John Wiley & Sons, Inc.