Panduan

Menggunakan Glosari

Untuk membuat carian terma di dalam glosari, sila gunakan teks input yang disediakan.

Isikan input dengan frasa yang dikehendaki dan ketik butang "Cari Glosari".

Hasil carian akan dipaparkan di bawah teks input tersebut.

Jika tiada hasil carian ditemui, satu mesej ralat akan dipaparkan kepada anda.

Untuk set semula antaramuka glosari kepada yang asal, ketik butang "Set Semula"

Selain daripada menggunakan carian, anda juga boleh menapis terma dengan mengetik sebarang aksara yang terdapat di bawah teks input tersebut.

Pemasangan di Telefon Pintar

Selain daripada mengakses portal glosari pengurusan ini melalui pelayar web anda, anda juga boleh memasangkan portal ini secara terus ke telefon pintar anda. Berikut adalah panduan bagaimana anda boleh memasang portal ini melalui pelayar web Google Chrome dan Firefox pada telefon pintar anda.

Google Chrome

Ketik ikon tiga titik pada penjuru kanan, kemudian pilih "Install app". Ikut arahan yang diberi dan aplikasi ini akan muncul setelah ia berjaya dipasang.

Firefox

Ketik ikon tiga titik pada penjuru kanan, kemudian pilih "Install". Ikut arahan yang diberi dan aplikasi ini akan muncul setelah ia berjaya dipasang.